KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Public Bank Bhd (Public Bank) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 meningkat kepada RM6.65 bilion daripada RM6.12 bilion setahun lalu, disokong oleh pertumbuhan pinjaman dan deposit pelanggan yang kukuh.
Perolehan pada tahun kewangan 2023 melonjak kepada RM25.42 bilion berbanding RM21.43 bilion sebelumnya.
Public Bank dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pinjaman kasarnya meningkat sebanyak RM22.1 bilion atau 5.9 peratus kepada RM399.0 bilion pada tahun kewangan 2023 berbanding RM376.9 bilion setahun lalu, kebanyakannya disumbangkan oleh pertumbuhan dalam pembiayaan gadai janji, pembiayaan sewa beli, pembiayaan hartanah komersial dan pembiayaan lain.
"Jumlah deposit daripada pelanggan meningkat sebanyak 4.6 peratus atau RM18.2 bilion kepada RM412.9 bilion pada akhir tahun kewangan 2023.
"Nisbah pinjaman terjejas kasar kumpulan itu kekal rendah secara relatifnya pada 0.59 peratus pada 31 Disember 2023 berbanding purata nisbah pinjaman terjejas kasar industri sebanyak 1.65 peratus," katanya.
Sementara itu, bagi suku keempat tahun kewangan 2023, Public Bank berkata keuntungan bersihnya merosot kepada RM1.62 bilion daripada RM1.71 bilion setahun sebelumnya manakala perolehan lebih tinggi pada RM6.55 bilion berbanding RM6.06 bilion sebelumnya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tay Ah Lek berkata berikutan prestasi baik pada tahun kewangan 2023, Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 10.0 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen sebanyak 19.0 sen sesaham untuk tahun kewangan 2023.
"Ini adalah jumlah pembayaran dividen sebanyak RM3.69 bilion, iaitu 55.5 peratus daripada keuntungan bersih tahun kewangan 2023 kumpulan Public Bank," katanya.
Melangkah ke hadapan, Tay berkata kumpulan Public Bank akan terus menumpukan pada mengembangkan perniagaan terasnya iaitu perbankan runcit dan komersial serta mengukuhkan komitmennya terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus.
"Kumpulan itu akan memastikan ia kekal relevan dan berdaya tahan, ia akan terus berkhidmat untuk kepentingan terbaik semua pemegang kepentingannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Perolehan Public Bank pada tahun kewangan 2023 melonjak kepada RM25.42 bilion berbanding RM21.43 bilion sebelumnya. - Gambar fail/Astro AWANI
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
Keuntungan bersih Public Bank naik kepada RM6.65 bln bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan Public Bank bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 meningkat kepada RM6.65 bilion daripada RM6.12 bilion setahun lalu.
Public Bank sedia kemudahan pembiayaan untuk pengedar sah Perodua
Kerjasama itu sejajar dengan kedudukan Perodua sebagai pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia.
Untung bersih Public Bank naik kepada RM6.12 bilion pada tahun kewangan 2022
Perolehan pada tahun kewangan 2022 naik kepada RM21.43 bilion daripada RM19.62 bilion sebelum ini.
Pemergian Teh Hong Piow: PM zahir ucapan takziah, doakan keluarga tabah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergiaan pengasas Public Bank, mendiang Tan Sri Teh Hong Piow pada Isnin.
Pengasas Public Bank, Teh Hong Piow meninggal dunia
Pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi Isnin.
Public Mutual lantik Chiang Kang Pey sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Chiang menyandang jawatan Timbalan CEO pada Oktober 2021 dan sebelum itu, beliau ialah pengurus besar pengurusan portfolio ekuiti.
Public Mutual umum agihan lebih RM103 juta bagi lima dana
Pengagihan kasar yang diumumkan itu bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2022.
Public Bank naikkan kadar pinjaman, pembiayaan sebanyak 0.25 peratus
Public Bank akan menaikkan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) / kadar pembiayaan asasnya (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa pada 12 Sept.
Untung bersih Public Bank naik kepada RM1.42 bilion pada suku kedua
Perolehan Public Bank naik kepada RM4.97 bilion daripada RM4.92 bilion sebelum ini.
Public Bank naikkan kadar asas sebanyak 0.25 peratus mulai Jumaat
BR Public Bank akan dinaikkan kepada 2.77 peratus manakala BLR/BFR dinaikkan kepada 5.97 peratus.